TENAGA SOLAR

Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Adalah dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini.Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar mahupun pedalaman.Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan Kerajaan Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telahpun siap pada tahun 1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV.TNB Research Sdn Bhd sedang menjalankan sebuah projek penyelidikan tentang 'Photovoltaic Grid Connected Roof Solar 3kW'. Ia dibiayai tabung amanah tersebut (RM500,000).Selain itu, terdapat sebuah projek demonstrasi 'Hybrid Diesel Solar PV' oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga dibiayai tabung amanah tersebut (RM472,000).

No comments:

Post a Comment