2.Modal besar

Tenaga alternatif yang ingin dimajukan juga mempunyai halangan seperti memerlukan modal yang besar. Hal ini menyukarkan negara membangun untuk memajukan tenaga alternatif kerana kewangan mereka terhad. Modal yang besar diperlukan untuk membeli teknologi dan kepakaran dari luar.

Secara tidak langsung, kewangan yang terhad menyebabkan operasi untuk memajukan tenaga alternatif juga adalah terhad. Hal ini juga menyebabkan berlakunya gangguan ketika menjana tenaga tersebut kerana terdapat perkongsian teknologi antara kawasan janaan tenaga alternatif yang berbeza. Dalam hal ini, pembaziran masa dan kos penghantaran yang tinggi akan berlaku.

No comments:

Post a Comment