PENGENALAN :-TENAGA ALTERNATIF

Dewasa kini, tenaga konvensional yang terdapat di negara membangun semakin berkurangan dan kian habis. Hal ini amat membimbangkan penduduk negara-negara membangun. Oleh sebab itu, tenaga alternatif atau gantian perlu diekspoitasi dengan lebih giat bagi menampung tenaga konvensional yang semakin berkurangan. Lazimnya, tenaga alternatif dapat diekploitasi di negara membangun kerana negara tersebut mempunyai banyak sumber alternatif yang belum diterokai oleh penduduk.

Tenaga keterbaharuan atau tenaga alternatif adalah merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan sentiasa berterusan. Tenaga keterbaharuan yang banyak digunakan di negara-negara membangun adalah seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas dan tenaga geotermal. Tenaga-tenaga ini juga mampu menampung penduduk yang ada di samping mendatangkan pulangan kepada negara-negara tersebut. Hal ini demikian kerana stok sumber asli yang masih ada dijangka tidak mampu menampung keperluan penduduk pada masa akan datang.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pertambahan penduduk yang semakin meningkat di negara-negara membangun. Sebenarnya, tenaga alternatif mempunyai banyak kelebihan berbanding tenaga konvensional. Namun, tenaga ini kurang diterokai dan dieksploitasi menyebabkannya kurang popular di peringkat dunia. Oleh sebab itu, negara membangun telah menjana tenaga alternatif ini kerana lazimnya sumber-sumber tersebut banyak terdapat di sana. Misalnya, Malaysia paling banyak menjana tenaga hidroelektrik di Asia Tenggara, diikuti oleh Thailand, Indonesia dan Filipina. Namun begitu, India merupakan negara membangun yang paling banyak menjana tenaga tersebut.

No comments:

Post a Comment