Teknologi hijau tingkat dagangan Malaysia-Taiwan

KUALA LUMPUR 10 Mei - Sektor ekonomi baharu seperti teknologi hijau berpotensi meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Taiwan pada masa akan datang, kata Presiden Persatuan Perniagaan Hijau Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur.Beliau berkata, berdasarkan kepakaran Taiwan dalam sektor tenaga hijau, Malaysia boleh memperoleh manfaat pemindahan teknologi selain inisiatif usaha sama."Menurut Institut Dasar Tanah, Taiwan merupakan pengeluar fotovoltaik ketiga terbesar di dunia yang mengusai kira-kira 15 peratus daripada pasaran, dan bersama China, kedua-duanya mendominasi 60 peratus daripada pasaran fotovoltaik solar dunia."Dalam perkembangan lain, Taiwan juga merupakan negara pengeluar diod pemancar cahaya (LED) terbesar di dunia dengan nilai keluaran kira-kira AS$1.6 bilion (RM4.9b) pada 2008," kata Mustafa yang ditemui pada Seminar Perniagaan Teknologi Hijau itu.Tahun lepas, nilai dagangan dua hala Malaysia dan Taiwan berjumlah US$15.6 bilion (RM47.9 bilion), peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding 2010. - BERNAMA

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120511/ek_04/Teknologi-hijau-tingkat-dagangan-Malaysia-Taiwan

No comments:

Post a Comment