2. Tenaga geothermal

Tenaga geotermal merupakan salah satu tenaga yang amat rumit untuk dijana. Hal ini demikian kerana tenaga ini berasal dari dalam bumi. Oleh sebab itu, tenaga geotermal dikatakan sebagai penghasilan haba dari dalam bumi untuk menjana tenaga elektrik. Tenaga ini juga banyak dijana di negara-negara membangun khususnya negara yang berada dalam lingkaran api pasifik. Hal ini demikian kerana haba yang dialirkan di kawasan mata air panas atau gunung berapi ini adalah lebih cepat iaitu melalui proses perolakan.

Namun begitu, hal ini berbeza dengan kawasan lain yang melibatkan proses kekonduksian untuk pengaliran haba. Selain itu, faktor kedalaman pusat bumi juga amat mempengaruhi suhu atau kandungan haba di sesuatu kawasan.. dan haba yang terbentuk merupakan hasil daripada pereputan bahan radioaktif yang berjuta tahun lamanya terdapat dalam lapisan bumi.Proses penggerudian pula diperlukan untuk mendapatkan wap dari dalam bumi. Proses ini dilakukan menerusi batuan penutup dan wap bertekanan tinggi yang terhasil akan mampu menggerakkan turbin dan seterusnya membolehkan tenaga elektrik yang terhasil adalah tinggi. Hal ini penting untuk menampung jumalah penduduk yang semakin ramai.

Walaubagaimanapun, wap air ini masih boleh habis akibat penurunan air dalam tanah. Hal ini demikian kerana kadar penyerapan air ke dalam tanah adalah perlahan dan mengambil masa yang lama untuk menjadi stabil semula. Bukan itu sahaja, haba yang telah digunakan akan memerlukan masa untuk digantikan. India merupakan salah sebuah negara membangun yang menjana tenaga geotermal dalam kadar yang banyak.

No comments:

Post a Comment