Monday 29 May 2017

KECEKAPAN TENAGA
 powerenergywanzul.blogspot.com


PENGENALAN KEPADA TENAGA ELEKTRIK


Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

Tenaga elektrik dijana apabila sumber-sumber tenaga ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain melalui proses-proses tertentu. Berikut adalah beberapa langkah yang terlibat dalam penjanaan elektrik :-

· Sumber Tenaga → Haba → Kinetik → Tenaga elektrik

· Sumber Tenaga → Kinetik → Tenaga Elektrik


· 

Banyak tenaga akan hilang semasa proses penukaran dari sumber tenaga kepada tenaga elektrik. Dengan erti kata lain, untuk menghasilkan tenaga elektrik, ia akan menggunakan banyak sumber tenaga. Ini adalah kos elektrik yang kita perlu bayar.


KONSEP-KONSEP ELEKTRIK


·  Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) - tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.

·  Arus elektrik - pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.

·  Medan elektrik - medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.

·  Tenaga elektrik - tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.

·  Kuasa elektrik - kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).

·  Cas elektrik - sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.


DEFINISI KECEKAPAN TENAGA
Image result for energy efficiency BUILDING

Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
Kecekapan tenaga(elektrik) juga bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yang minimum untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.
Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.


MEMAHAMI KECEKAPAN TENAGA


1. Memahami Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.
Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.


2. Mengapa Kecekapan Tenaga penting?
Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga / elektrik yang lebih rendah.

Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah:

a. Kos
• Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.
• Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.

b. Perlindungan alam sekitar
• Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
• Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.
• Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek.

c. Keselamatan bekalan
• Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.
• membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan.
• Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.

3. Adakah kecekapan tenaga sama dengan penjimatan tenaga?

Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi.

a. Kecekapan tenaga
• Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab lain-lain.
• Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri.

b. Penjimatan tenaga
• Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain.
• Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.


LANGKAH-LANGKAH MENJIMATKAN ELEKTRIK

  • Laraskan suhu bilik pada 25°C .Bilik yang mempunyai suhu < 25°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini, ‘compressor’ bagi alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga yang lebih banyak bagi mencapai suhu yang rendah.
  •  Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang.
  • Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di pejabat  seperti waktu rehat (1-2 petang) dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5 petang)
  • Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin. 

  • Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan peralatan elektrik.  Penyelenggaraan berkala dapat memastikan penghawa dingin dan peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan mencapai keupayaan yang maksima.  
  • Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan untuk jangka masayang singkat dan mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.  Komputer dalam setting ‘sleep mode’ akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah. 
  • Menggalakkan penggunaan monitor computer jenis LCD  berbanding monitor jenis CRT. Monitor jenis CRT menggunakan lebih tenaga elektrikberbanding monitor jenis LCD.
  • Menggantikan lampu-lampu yang rosak dengan lampu  jenis jimat tenaga (energy saving) seperti lampu compact fluorescent (CFL) dan lampu LED (Light Emitting Diode). Lampu jenis compact fluorescent (CFL)/LED menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah. 
  • Memastikan setiap sistem dijalankan mengikut kehendak beban semasa (Chiller/Cooling Tower/Pump/AHU dan lain-lain) .  Langkah ini dapat mengelakkan penggunaan tenaga yang sia-sia.  
  • Memeriksa dan melaraskan ‘Timer’ bagi semua lampu koridor/penghawa dingin bagi setiap 3bulan. Langkah ini dapat mengelakkan lampu koridor/penghawa  dingin beroperasi di luar  jangka waktu yang dikehendaki. 
  •  Menggalakkan penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan ‘Cekap Tenaga’ Label ‘EnergyStar’ atau ‘Cekap Tenaga’ pada perlatan elektrik membuktikan peralatan elektrik tersebut menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
  • Mewujudkan satu jawatankuasa audit khusus bagi memantau cara penggunaan elektrik disamping memberi teguran secara berterusankepada pengguna. Jawatankuasa tersebut perlu membuat  laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang berkaitan agar tindakan segera dapat diambil 
  •  Mengadakan kempen penjimatan elektrik disemua peringkat dengan menampal poster dan mengedar risalah-risalah berkaitan penjimatan elektrik 
  •  Memastikan suis dimatikan dan ‘plug’ ditanggalkan apabila peralatan elektrik digunakan.   plug perlu ditanggalkan dan bukan hanya mematikan suis sahaja kerana masih terdapat tenaga elektrik yang mengalir. 

MEMAHAMI LABEL KECEKAPAN TENAGA "ENERGYSTAR"



Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan tenaga bagi alat elektrik di rumah. Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga atau energy rating label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang cekap dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil elektrik di rumah. Ini secara langsung akan menghasilkan pendapatan isi rumah boleh guna atau disposable household income yang lebih tinggi terutamanya dalam jangka masa yang panjang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan.

Alat eletrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang kecekapan tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas yang digunakan di rumah.


VIDEO-VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK YANG BETUL DAN NASIHAT YANG BERGUNA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


VIDEO PERTAMA :-
MENERANGKAN PEMBAZIRAN ELEKTRIK AKIBAT KELALAIAN ATAU KECUAIAN KITA



VIDEO KEDUA : -
MENERANGKAN NASIHAT YANG BERGUNA TERHADAP PENGGUNAAN ELEKTRIK YANG CEKAP