3.Kekurangan buruh mahir

Kebanyakan negara maju mendapatkan teknologi dari luar untuk memajukan tenaga alternatif atau tenaga keterbaharuan. Oleh sebab itu, mereka memerlukan kepakaran dari luar untuk mengendalikan teknologi atau mesin yang berkaitan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan buruh yang terlatih atau mahir dalam mengendalikan teknologi tersebut.

Dalam hal ini, negara membangun terpaksa mengimport kepakaran dari luar bagi membolehkan teknologi digerakkan untuk memajukan tenaga alternatif. Secara tidak langsung, hal ini akan meningkatkan kos untuk menampung kegiatan ini. Bukan itu sahaja, buruh yang sedia ada pula hanya melakukan kerja bawahan tanpa mendapat latihan untuk mengendalikan teknologi tersebut kerana kepercayaan untuk mengendalikan mesin diserahkan sepenuhnya kepada buruh dari luar. Hal ini akan menyebabkan pengeluaran yang berlaku adalah tidak menguntungkan kerana negara tersebut terpaksa menampung kos untuk pembelian teknologi dan kepakaran dari luar.

No comments:

Post a Comment