Kebaikan tenaga keterbaharuaan kepada negara-negara sedang membangun

1. Mesra alam dan tidak kehabisan

Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal ini adalah kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan pengunaan sumber tenaga yang lain. Selain daripada dapat menjana tenaga dengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yang mesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negara mereka.Malaysia umpamanya merupakan sebuah negara sedang membangun yang banyak bergantung kepada tenaga hidro elektrik sebagai sumber tenaga utama negara.

Malaysia membangunkan tenaga hidro ini atas banyak sebab antaranya tenaga hidro ini tidak mencemarkan alam sekitar. Kita hanya menggunakan aliran air untuk menjana tenaga elektrik tanpa membabitkan elemen-elemen yang boleh mencetuskan pencemaran. Tenaga hidro elektrik juga tidak akan kehabisan kerana Malaysia merupakan kawasan tadahan hujan yang baik.Begitu juga dengan tenaga geoterma yang banyak diproses di negara sedang membangun yang berada dalam lingkaran api pasifik yang tidak mencemarkan alam dan bersifat mesra alam. Hal ini adalah kerana, tenaga ini diperoses hasil daripada stim atau keupayaan tenaga yang berada dalam perut bumi dan kemudiannya dijana untuk menghasilkan tenaga elektrik tanpa melibatkan unsur pencemaran dan tenaga ini juga tidak akan kehabisan.

2.Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia

Tenaga alternatif merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia. Hal ini adalah kerana, dengan menjana tenaga alternatif negara yang sedang membangun tidak akan mengalami masalah kekurangan bahan api asli lagi untuk menjana tenaga elektrik. Hal ini adalah kerana, dunia sekarang sedang mengalami masalah krisis tenaga dunia ekoran daripada bahan bakar utama iaitu petroleum dunia semakin berkurangan dan bagi negara-negara yang bergantung sepenuhnya dengan bahan bakar berkenaan terpaksa mencari bahan bakar lain untuk menjana tenaga elektrik di negara mereka.

Peluang untuk menjana tenaga alternatif dalam kalangan negara yang sedang membangun dalah tinggi berbanding dengan negara maju. Tetapi ekoran daripada teknologi dan kepakaran yang terhad negara sedang membangun terpaksa melepaskan peluang ini terbiar begitu saja. Namun kini, pelbagai pihak telah tampil untuk membuat penyelidikan dan inovasi dalam bidang tenaga alternatif ini kerana memandangkan negara yang sedang membangun ini mempunyai pelbagai khazanah mengenai tenaga keterbaharuan bagi menangani masalah krisis tenaga yang sedang melanda dunia sekarang ini. Contohnya pihak kerajaan Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan tenaga daripada hampas kelapa sawit dan sektor pertanian yang lain daripada terbiar begitu saja

No comments:

Post a Comment